Saturday, November 5, 2011

Tiada Hari Tanpa Latihan


Tiada hari tanpa latihan ... tapi itu satu pembelajaran.. jika anda mengangap itu satu beban maka ia akan bertambah sukar dan berat, jika anda menganggap itu satu keseronokaan maka ia akan menjadi lebih mudah. Banyak pengalaman yang saya pelajari di sini dan dalam latihan ada juga orang yang di kenang nun jauh disana.. bagi orang yang sudah berkeluarga rindu itu suda semestinya ada tapi dengan semangat semua akan menjadi mudah.


Di sini tenaga anda akan ditagih oleh latihan, tidak la berat tetapi cukup untuk membuatkan anda rasa seperti berlari tanpa henti. Beban keseluruhan yang anda akan bawa tiap hari 15kg... jika berat anda 50kg sebelum melalui latihan, berat anda akan hilang 10kg mungkin lebih setelah 3 bulan latihan.. percaya atau tidak terpulang.

Mental dan fizikal menjadi ukuran disini namun semua itu boleh diatasi jika semangat berkumpulan  anda kuat
dan jangan sekali kali pentingkan diri sendiri jika anda berada di sini kerana anda akan di singkirkan atau tidak dipeduli oleh kumpulan anda.. 

tapi semua ini hanya 3bulan saja....tidak perlu risau sebab ini ialah salah satu tugas dalam PDRM.. apa apa pun tiada yang mustahil ....